NOTA

TUAN PUAN DI JEMPUT UNTUK MENYERTAI SESSI TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN SECARA PERCUMA DI LADANG KAMI..

HUBUNGI 0139529040 (faizal) untuk temujanji

dibuka setiap hari termasuk hari minggu

borang taklimat percuma

Name:
Email Address:
no tel
alamat
pertanyaan

create form

Khamis, 31 Disember 2009

50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Sebelum sembahyang jumaat tadi saya menerima email dari seorang sahabat, Raja Kamil tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Perkara yang ditulis di dalam email itu memang suatu perkara yang lama tetapi orang Melayu ini mudah lupa. Oleh itu, kita kena saling ingat mengingati antara satu sama lain agar Melayu boleh sentiasa maju. Dalam email itu terdapat 50 perkara yang dinyatakan oleh Jutawan Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan perkara ini amat penting untuk rujukan dan renungan untuk kita semua.


Latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

- Umur - 53 tahun

- Pendidikan - SPM

- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalau pun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Diharap perkara ini dapat menjadi renungan untuk kita semua.

What U give, U get back.

Sumber : Jerungperkasa.com

"money is not everything, but everything need money"

p/s cendawan timur : alangkah bagusnya kalau kita juga berfikiran seperti beliau.. semoga 50 perkara ini menjadi ingatan dan pegangan kita semua..


**kalau rasa pesanan ini bermakna..copy paste lah dalam blog rakan rakan,semoga lebih ramai yang membaca,lebih ramai yang mengambil iktibar..jangan bicara tentang wang,tapi buatlah atas dasar tanggungjawap sesama insan**

PROMOSI AWAL TAHUN

SELAMAT TAHUN BARU 2010

berita baik kepada para pengusaha cendawan seluruh malaysia..
dapat kan set borong leher dan peram dengan harga pembekal.


leher rm 0.045sen/seunit**
peram rm0.0.45sen/seunit**

**bagi tempahan 100ribu keatas** pengangkutan boleh diuruskan



dedak halus

= rm0.85 (bagi bwh 3tan)termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia

= rm0.80sen(bagi atas 3tan)termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia

dedak kasar

= rm0.065sen (bagi bwh 3tan) termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia

= rm 0.060sen (bagi atas 3 tan)termasuk penghantaran seluruh bumi malaysia

BYE BYE 2009,WELCOME 2010

kesempatan ini saya mengucapkan selamat tahun baru 2010... kepada semua pembaca web cendawan timur..seperti biasa tahun baru...dengan semangat baru serta azam yang baru, rata rata ramai yang tersenyum kerana azam tahun lepas tertunai dengan jayanya,tapi ada juga yang mengeluh,azam lepas masih tak tertunai...sama ada tertunai atau tidak tidaklah penting yang penting mencuba!!

saya masih berpegang pada azam yang lepas.... untuk melihat perniagaan cendawan bertambah maju dan maju.... tiada dateline untuk diberikan.. apa yang penting macam otai otai kata ..."biar kecil ke besar"JANGAN "besar ke kecil"

cendawan timur juga mengalu alukan rakan rakan yang berminat untuk menceburi dunia cendawan ke tempat kami,tiada bayaran dikenakan....

kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan perhargaan kepada rakan-rakan blogger cendawan,pelanggan,serta semuanya..dalam sedar xsedar telah banyak berbudi serta bersama sama kami dalam 2 tahun dalam industri ini.. jutaan terima kasih di ucapkan hanya Allah yang mampu membalasnya.

Rabu, 16 Disember 2009

JEMPUTAN KE TAKLIMAT RINGKAS PERCUMA

kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut,menceburi,atau ingin tahu tentang dunia cendawan, saya menjemput ke tapak tanaman cendawan timur untuk sessi taklimat ringkas..dan melihat sendiri bagaimana beg cendawan dihasilkan,tiada bayaran dikenakan....

pihak kami amat mengalu-alukan mereka yang berminat mengetahui dunia cendawan serta memeriahkan lagi industri ini..

untuk temujanji hubungi saya di 0134928465, (faizal)

diharap dengan sikit penerangan ringkas dapat memberikan pengetahuan serta sekaligus menarik minat mereka yang berminat mengusahakan cendawan

lokasi tapak penanaman adalah di cendawan timur ent,belakang pasar borong wakaf che yeh,15100 kota bharu kelantan.

terima kasih

Jumaat, 4 Disember 2009

cendawan,hujan,banjir dan rahmat

cendawan dan hujan..memang x dapat dipisahkan... cam kata org. "tumbuh bagai cendawan lepas hujan"
di kelantan..hujan telah turun hampir 3minggu..menjadi satu rahmat kepada pengusaha cendawan..bukan saja di kelantan..tapi juga pantai timur.. cendawan keluar dengan meriahnya.. sampai kadang kadang pening kepala para pengusaha untuk menjual tetamu yang x di undang..tapi satu rahmat yang patut di syukuri..

banjir juga satu rahmat pada pengusaha cendawan di kelantan..bila sungai golok naik..bermaksud segala bekalan atau barangan yang ada di sempadan terputus sementara..termasuklah cendawan... so harga cendawan di kelantan terutama di bandar bandar besar..naik bagaikan pasaran saham..huhu bayangkan dari hanya rm4.00/kg kini cendawan timur di maklumkan ada sesetengah tempat mencecah rm6.50/kg... satu lagi rahmat untuk pengusaha cendawan..walau hanya sementara..tapi sekurang-kurangnya dapat jugak bonus hujung tahun..amin

betul kata cerdik pandai "mungkin ujian pada orang lain itu,satu rahmat pada kita,dan ujian yang menimpa kita satu rahmat kepada orang lain"

Sabtu, 7 November 2009

beg media cendawan khas untuk tempahan luar dari kelantan







































































Kini kami menjual beg media 80%``100% matang dengan harga rm1.20/sebongkah,

tawaran khas untuk mereka yang berada diluar kelantan dan terengganu

kos penghantaran hanya rm400(seluruh malaysia)

tempahan boleh dibuat serendah 1ribu beg ke atas......

pakej tawaran ini termasuklah

TAKLIMAT PENJAGAAN BEG MEDIA DAN TUAI HASIL PERCUMA
KEROSAKAN BEG DI GANTI
DISKAUN BAGI BELIAN BARANGAN ATAU PRODUK CENDAWAN TIMUR
PERCUMA EBOOK TANAMAN CENDAWAN

Jumaat, 6 November 2009

KURSUS LANJUTAN CENDAWAN TIRAM










































































































pada 4 hingga 6 november lepas telah berlangsung satu kursus "kursus lanjutan cendawan tiram",kursus tersebut adalah anjuran KADA dengan Kerjasama Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan "GU CENDAWAN"..yang berlansung di Kota Bharu Trade Center, seramai 40 orang peserta telah hadir..terdiri dari ahli GU CENDAWAN serta wakil Agensi Kerajaan... pada pendapat saya para peserta amat bertuah..kerana penceramah yang hadir adalah di kalangan otai otai serta pakar pakar cendawan yang agak tersohor dalam arena ini..antaranya Puan Normah ibrahim, En Zulkifli Ariff (cendawan puchong),Mr Tan (cuka kayu),Pn Zainon dan Pn Sinona (pakar Produk Hiliran Cendawan),wakil dari LIFE LIGHT serta FAMA

Sabtu, 10 Oktober 2009

harga terbaru beg media dan pengangkutan beg

bagi memudahkan para pembeli dari luar dari kelantan..pihak kami menyelaraskan harga pengangkutan bagi penghantaran beg atau bahan mentah ke seluruh malaysia....

beg media rm 1.20/perbeg (kerosakan diganti)

kos penghantaran

seluruh malaysia kecuali terengganu dan pahang

rm 400 sehala..... harga bagi tempahan beg media atau bahan mentah yang tidak
melebihi 7tan(7ribu beg)

bagi terengganu dan pahang ........

rm350 sehala....harga bagi tempahan beg media atau bahan mentah yang tidak melebihi
7tan (7ribu beg)

Isnin, 28 September 2009

KURSUS CENDAWAN

Kursus Cendawan
Yuran: RM180 seorang
RM 300 bagi dua orang

Tarikh: (setiap Sabtu)



Masa:
9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:

Teratak Cendawan Timur Ent

belakang pasar borong wakaf che yeh

15100 kota bharu kelantan


Kursus dijalankan secara teori (10%) dan praktikal (90%).

Modul kursus
** tips pemilihan dan perkenalan bahan mentah**
** tips dan pratikal membuat beg media (secara manual)**
** tips dan pratikal cara mengukus beg media**
** tips dan pratikal cara menyuntik benih ke dalam beg media**
** penerangan jenis bangsal cendawan mengikut kesuaian tempat serta menjimatkan kos**
** pengenalan penyakit dan cara mencegah dan merawatnya**
** cara dan tips pembungkusan cendawan segar bagi mengelak cepat rosak**
** pengenalan jenis jenis produk hiliran mengunakan cendawan**


peserta juga akan dibekalkan dengan
cd ebook pemprosesan cendawan . makan minum . sijil penyertaan . cenderamata untuk di bawah pulang.

jika masih tidak fahami atau ragu ragu
peserta juga boleh menyertai kursus cendawan kali ke 2 tanpa sebarang bayaran

istimewa kepada peserta kursus.......... belian beg media setiap 1ribu beg potongan rm50 akan diberikan.........terhad untuk belian hingga 10ribu beg sahaja...

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini, bolah hubungi kami untuk tempahan tempat..(terhad bagi untuk 10 orang peserta setiap masa)hubungi 0134928465 untuk menyertai kursus ini..

Ahad, 13 September 2009

jom sertai geng usahawan cendawan malaysia di facebook

salam rakan rakan otai serta mereka yang ingin ingin berborak atau mengajukan soalan secara langsung kepada otai otai cendawan seluruh malaysia boleh serta geng usahawan cendawan malaysia di facebook..

rakan rakan blogger cendawan dijemput untuk copy dan paste kan logo diatas ke dalam blog masing masing..untuk kita bina rangkaian ukhwah sesama pengusaha dengan lebih erat....

Isnin, 7 September 2009

memang berbaloi

hampir 2 tahun..rupanya saya menceburi dunia cendawan ini...walau terasa lama lah juga..tetapi dalam bidang ini,sebenarnya banyak yang perlu dipelajari dan di fahami..ramai rakan rakan bertanya berbaloi tak menceburi dunia cendawan,so nak bagi tahu memang berbaloi..tapi bukan terus dapat kaya... tapi slow slow..bak kata iklan petrolnas "jalan mesti kedepan bukan kebelakang".. kat bawah kisah cam mana orang wat cendawan berbaloi atau tidak.. nak tahu??baca kat bawah..


Tanaman cendawan berbaloi


DUNGUN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah
syarikat terkemuka di ibu negara semata-mata untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang
perusahaan cendawan kini ternyata berbaloi.
Biarpun baru setahun mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu, bekas pegawai teknikal
itu kini mampu menarik nafas lega setelah pendapatannya mencapai angka RM3,000 hingga RM4,000
sebulan.
Eruan ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia gembira dan berasa bangga dengan kejayaan
yang dikecapinya sekarang termasuk berjaya menubuhkan syarikat miliknya sendiri iaitu Agro Mesra
Trading.
“Mulai sekarang, saya tidak akan menoleh lagi ke belakang, saya akan pastikan usaha dan pengorbanan
saya ini akan terus berkekalan serta tidak menjadi sia-sia,” katanya ketika ditemui di tapak semaian
berdekatan rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini semalam.
Eruan yang juga anak keempat daripada lapan beradik pernah mengikuti pengajian Veterinar di peringkat
diploma di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1998 sebelum melanjutkan pelajaran peringkat
ijazah dalam bidang Sains Makanan di universiti yang sama.
Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2004, dia bekerja di sebuah agensi pertanian di ibu negara
sebagai pegawai teknikal dengan gaji permulaan RM1,800 bagaimanapun berhenti pada hujung
tahun lalu bagi memberi tumpuan terhadap tanaman cendawan.
Eruan berkata, berbekalkan modal sendiri dan bantuan ahli keluarga sebanyak RM3,000, dia dan keluarganya
elah memulakan projek penanaman cendawan tiram kelabu berhampiran rumahnya.
“Sepanjang empat hingga lima bulan pertama projek ini diusahakan, kami berjaya memperoleh pendapatan
purata sebanyak RM2,000 sebulan hasil daripada jualan sebanyak lima kilogram cendawan sehari ke pasar Dungun dan kedai-kedai makan sekitar.
“Namun, selepas mengambil keputusan untuk memperbesarkan projek penanaman ini beberapa bulan lalu,
kini jualan dan hasil pendapatan kami meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” katanya. Dalam pada itu katanya, sepanjang mengusahakan projek cendawan tersebut, dia turut menghadapi pelbagai
masalah termasuk daripada segi bekalan, cara memproses dan juga serangan penyakit namun ia tidak
mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.
Katanya, selain mengusahakan tanaman itu, dia turut menyediakan khidmat menjual peralatan tanaman
cendawan dan menawarkan kursus berkaitan pada yuran yang berpatutan.

Ahad, 6 September 2009

sikit persoalan plz tolong jawap

kami mempunyai sedikit kemuskilan tentang dedak yang di gunakan untuk membuat beg media..diharap para rakan rakan otai dapat memberikan pendapat.. kebelakangan ini kami dapati rakan di kalangan pengusaha cendawan mengunakan dedak kasar..atau hampas padi.. mungkin kerana harganya yang jauh lebih murah daripada dedak padi.. dlm lingkungan rm8 1guni besar..sedangkan dedak padi rm 0.80sen 1kg..

pada pandangan kami mengunakan dedak kasar mungkin mengurangkan hasil cendawan kerana ia hanyalah hampas padi serta kurang mempunyai khasiat atau makanan untuk cendawan....beg media juga kelihatan lebih ringan dari pada beg media yang mengunakan dedak padi yang biasa,

kami masih lagi was was untuk mengunakan dedak kasar ini,kerana takut beg media yang dijual kepada pembeli tidak memberikan hasil yang sepatutnya,tetapi jika ianya tidak mendatangkan kesan kepada jumlah hasil,saya yakin,semua pengusaha akan beralih kepada dedak kasar,kerana ia menjimatkan kos,malah mungkin boleh menjual beg media dengan harga lebih murah..

kepada otai otai yang telah mengunakan dedak kasar dijemput memberikan pendapat..

Rabu, 26 Ogos 2009

sikit info






ikit info tentang kami... kian lama merancang untuk menyiapkan tempat proses dan bangsal cendawan akhirnyaa...telah siap sepenuhnya... dengan bangsal proses 30kakix30kaki memudahkan pekerja berkerja dengan keadaan selesa dan tidak berasak.. bangsal cendawan berukuran 20kaki x70 kaki dan 20kaki x 20 kaki,dijangka dapat menampung 26k beg media,ianya diharap dapat merealisasikan hasrat kami untuk menghasilkan 100k cendawan segar setiap hari..

kini kami didalam proses menyiapkan beg media untuk di masukkan didalam bangsal baru...serta berhajat untuk menyiapkan tempat pembungkusan cendawan.

"langkah yang besar dimulakan dengan satu langkah yang kecil

Khamis, 20 Ogos 2009

The Star -14/08/2009 (ahli persatuan usahawan cendawan melayu kelantan)




















Mushrooming business
By C.A. ZULKIFLE



THE door to a hut opens to reveal rows and rows of bottles lined up neatly on wooden racks.

Inside each of these bottles is a growing mushroom which, in time, will poke its little head out the mouth of the bottle and bloom like a bright-coloured flower.

This is how Zulkifli Mohamad, 36, cultivates his Ganoderma mushroom at his house compound in Panji in Pengkalan Chepa, Kelantan.

He grows mushrooms in 30,000 bottles inside the hut and plans to expand with another 3,000 bottles in a second hut.


Zulkifli checking some mature mushrooms growing from bottles inside the mushroom hut.

The entrepreneur, who has been cultivating mushrooms for the past nine months, said the demand had been good with almost all his mushrooms sold.

They were priced between RM20 and RM25 per kilogram depending on the size.

“My monthly income is bet- ween RM1,500 and RM2,000,” said Zulkifli who is a member of the Kelantan Malay Mushroom Entrepreneurs Association.

The former subcontractor said he invested RM37,000 in the project and had sought an additional RM15,000 funding from the Tekun Nasional loan scheme.

At a recent meeting of some 50 association members in Kota Baru, the Kelantan Agriculture Department challenged mushroom growers in the state to succeed in their venture to prove that they were serious about their business.

Department director Maliha Ghazali said each of them would be considered for a RM20,000 grant from the department if they were successful.


Zulkifli holding up two bottles with the mushrooms growing out of them.

“Mushroom growers have never received financial aid from the department so far.

“However, since there is a marked increase in the number of mushroom growers, I believe support should be given.

“But I need proof of the viability of the project first,” she said.

Maliha said many associations failed to succeed in their ventures into vegetable cultivation because of mismanagement.

“This is despite the assistance given by the department such as financial aid and the marketing of the vegetables,” she said.

During the 1980s, she said many mushroom growers went bust because of arsenic contamination.

This was because the sawdust used as the base ingredient was tainted with chemicals.

Association chairman Hasmi Hassan said he would organise courses for members that would cover sales, quality control and marketing.

The most important thing, he stressed, was the control of production costs to enable members to make a profit.


link :
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/8/14/north/4487999&sec=north

Rabu, 19 Ogos 2009

Sabtu, 15 Ogos 2009

kukusan mengunakan simen (murah,kukuh)

berita baik untuk geng geng cendawan pantai timur.. saya ada seorang member yang dapat membuat kukusan mengunakan simen... kos pastinya lebih murah berbandingkan kukusan mengunakan plat besi atau aluminium serta lebih tahan lasak dan kukuh...

pakej adalah seperti berikut

rm 3200 = 2 kukusan yang muat 500 beg media satu kukusan..so 2 sama dengan 1000 beg media

atau

rm 3200 = 1 kukusan yang memuatkan 1000 beg media sekaligus ..

atau

rm 1800 = 1 kukusan yang muat 500 beg media



pakej termasuk bahan bahan binaan serta upah... dijangka siap dalam 5 hari berkerja..

nanti saya masukkan gambar ... (saya pun nak tempah 1) nanti siap saya masukkan!!!


kalau kalau berminat boleh hubungi saya..

Sabtu, 8 Ogos 2009

"HANIIS" JENAMA HILIRAN PRODUK BERASASKAN CENDAWAN





Cendawan Timur kini berbesar hati kerana diberikan kepercayaan daripada Pengarah Syarikat Ej Mizan Enterprise untuk menjadi rakan pemasaran bagi produk syarikat beliau, di bawah jenama "HANIIS" syarikat ini menghasilkan produk-produk berasaskan cendawan iaitu Popia Keju Bercendawan,Nugget Cendawan (berperisa kari,lada hitam,Lada Sulah),Serunding Cendawan,Pau Cendawan,Sos Cendawan, Karipap Cendawan, Piza Cendawan,dan Muktabak Cendawan,

Syarikat ini di dalam proses penjenamaan semula produk beliau agar kelihatan lebih ketrampilan serta boleh bersaing ke pasaran yang lebih luas....



sesiapa yang berminat untuk mengedarkan produk jenama Haniis boleh hubungi saya di 0139529040 atau 0173178518

Selasa, 4 Ogos 2009

PNK Kenalkan Dua Projek Bantu TIngkat Industri Cendawan - sinar harian Edisi Kelantan


PNK kenalkan dua projek bantu tingkat industri cendawan ------- sinar harian 40gos 2009---

KOTA BHARU - Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan (JPNK), Maliha Ghazali berkata, jabatannya telah meluluskan dua projek bagi membantu meningkatkan industri pengusahaan cendawan di negeri ini.

Menurutnya, dua projek tersebut melibatkan bengkel untuk pemprosesan produk cendawan dan perkenalkan produk sampingan daripada cendawan.

“Ini semua adalah usaha kami untuk memantapkan industri cendawan di negeri ini dengan cara meluaskan lagi kepenggunaan bagi memastikan pengeluaran serat permintaan menjadi seiring,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan ‘Gu Cendawan’ di sini, semalam.

Maliha berkata, sekarang ini di Kelantan adalah pengeluaran cendawan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Katanya, setakat ini hanya sebanyak 1.95 tan sahaja sebulan yang dapat dikeluarkan sedangkan pasaran memerlukan 3.0 tan.

Menurutnya, orang ramai masih berpeluang untuk menceburkan diri dalam industri penanaman cendawan itu kerana permintaannya yang tinggi.

“Sekarang ini kami dalam proses untuk menghasilkan produk sampingan daripada cendawan seperti membuat kerepek, serunding, inti popia, dan bermacam-macam lagi.

“Jika ini semua sudah dihasilkan saya pasti permintaan terhadap cendawan akan semakin bertambah,” katanya.

Beliau berkata, langkah penghasilan produk daripada cendawan itu juga merupakan antara langkah bagi memastikan tiada lambakan cendawan akan berlaku pada masa akan datang.

Maliha berkata, setakat ini pihaknya juga telah melantik beberapa orang wakil untuk mencari pengusaha di luar negeri bagi memastikan barangan berasaskan cendawan dapat dipasarkan bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara.

“Ini semua bagi memastikan kami dapat mengawal kemasukan cendawan daripada Thailand yang harganya jauh lebih murah dari tempatan, tetapi kualitinya tidak boleh menandingi cendawan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, sekarang ini terdapat tiga jenis cendawan yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan iaitu jenis tiram, black jelly ‘telinga kera’ dan gano.

INFO:MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN USAHAWAN CENDAWAN MELAYU KELANTAN






















































industri cendawan kelantan menuju setapak lagi dengan penubuhan persatuan usahawan cendawan melayu kelantan (GU CENDAWAN), majlis dirasmikan oleh Puan Hajjah Maliha binti Ghazali, Pengarah Pertanian Negeri Kelantan... sambutan amat mengalakan daripada para usahawan cendawan,ini dapat dilihat dengan penyertaan lebih dari 40 orang ahli yang berdaftar, penyertaan mendapat perhatian secara menyeluruh bukan sahaja di daerah-daerah berdekatan kota bharu,malah menjangkau daerah gua musang,tanah merah,dan kuala krai.
2 usul telah diterima pada mesyuarat tersebut dan dipersetujui oleh semua ahli
2usul tersebut adalah
a) persatuan akan mewujudkan koperasi usahawan cendawan sdn bhd atau ringkasannya KULAC di dalam masa yang terdekat.
b) persatuan juga bersetuju untuk melantik En Jali bin Atan sebagai penasihat Persatuan
cendawan timur mengucapkan jutaan tanniah kepada ahli jawatan kuasa yang di lantik menerajui persatuan bagi sessi 2009/2010 yang diketuai oleh En Hasmi bin Hassan, diharap barisan kepimpinan dapat membawa persatuan kearah yang lebih berdaya saing serta maju
...bagi mereka yang berminat untuk bersama sama menjadi warga gu cendawan bolehlah hubungi saya..syarat keahlian adalah terbuka kepada semua yang terlibat dengan industri cendawan,termasuk pembuatan beg,produk hiliran,cendawan segar atau sebagainya..berbangsa melayu,serta menjalankan projek di negeri kelantan.
















Ahad, 26 Julai 2009

MAKLUMAN : HARGA TERBARU MESIN BEGGING


memaklumkan bahawa harga mesin begging terkini adalah rm12800

ejen di thailand memaklumkan bahawa,ini adalah disebabkan pertukaran wang bant serta kos pengangkutan dari bangkok ke malaysia.

harga tersebut masih TERENDAH !!! dimalaysia

Rabu, 15 Julai 2009

PENUBUHAN PERSATUAN USAHAWAN CENDAWAN MELAYU KELANTAN

untuk maklumat para pengusaha PERSATUAN USAHAWAN CENDAWAN MELAYU KELANTAN (GU CENDAWAN)telah di wujudkan dan di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan... rakan rakan pengusaha cendawan di kelantan kini dialu alukan menyertai persatuan bagi bersama sama membangunkan industri cendawan di kelantan ke tapak yang lebih kukuh dan teratur... rakan rakan yang berminat untuk menyertai persatuan ini boleh hubungi 0124617799 (abe mi) atau saya di 0139529040 (peja)...

satu mesyurat agung akan berlangsung untuk pertama kalinya pada 2 ogos 2009, pukul 2 petang, bertempat di pejabat pertanian lundang, dan di rasmikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Kelantan..


download borang persatuan di box download dibawah

kepada rakan rakan yang telah berdaftar dengan persatuan dijemput hadir.. sebarang pertanyaan boleh hubungi number di atas

Rabu, 1 Julai 2009

BELIAN BALIK CENDAWAN SEGAR

Berita baik,kepada bakal pengusaha cendawan di sekitar daerah bachok dan pasir putih,

kini kepada mereka yang membeli beg media dari syarikat kami, pihak kami sedia membeli balik hasil cendawan tersebut...ini adalah bagi menampung permintaan cendawan yang meningkat dari masa ke semasa......

untuk memastikan kesegaran dan kualiti cendawan,tawaran ini hanya terbuka kepada mereka yang berada berdekatan ladang kami..itu sekitar daerah bachok dan pasir putih.. shj

tawaran ini hanyalah kepada mereka yang membeli beg media cendawan dari syarikat kami sahaja..ianya adalah untuk menjamin kualiti cendawan tersebut..

untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi pihak kami dengan kadar segera.....

Khamis, 4 Jun 2009

Ahad, 12 April 2009

beg cendawan matang khas untuk mereka diluar kelantan dan terengganu






















































kebanyakkan pelanggan kami adalah pengusaha dari luar negeri kelantan,terutama dari kl,selangor dan pahang..oleh itu kami ingin menawarkan promosi beg media khas untuk rakan rakan diluar dari kelantan... jika di kelantan pihak kami menjual beg media dengan harga rm1.20 seunit ianya tidak termasuk dengan penghantaran..harga yang boleh dikira amat murah ...

bagi rakan rakan diluar pula pihak kami menawarkan dengan harga rm1.40 hingga rm1.50 ianya termasuk penghantaran terus kerumah...minimum tempahan ialah 1k shj ,so jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan beg media kami,ianya tentunya menjimatkan kos anda,

beg media kami adalah dijamin
kerosakan akan diganti 100%
kami hanya menjual beg media yang 90 hingga 100 matang
kami mengunakan benih yang berkualiti (bukan benih thailand)
taklimat penjagaan beg media akan diberi percuma
khidmat nasihat selepas pembelian
pembelian beg media melebihi 10k akan diberikan diskaun istimewa

Sabtu, 28 Mac 2009

TAWARAN LEHER DAN PENUTUP PERAM UNTUK PEMBORONG


KAMI MENAWARKAN HARGA BERIKUT KEPADA MEREKA YANG BERMINAT MENJADI PEMBORONG BARANGAN CENDAWAN

LEHER = RM 0.055/Seunit
PERAM = RM 0.055/seunit
PENUTUP TOMATO = RM 0.03/Seunit

harga adalah bagi tempahan 30 ribu hingga 100 ribu


LEHER = RM 0.05/Seunit
PERAM = RM 0.05/seunit
PENUTUP TOMATO = RM 0.02/Seunit

harga adalah bagi tempahan 100ribu hingga 200ribu

LEHER = RM 0.045/Seunit
PERAM = RM 0.045/seunit
PENUTUP TOMATO = RM 0.019/Seunit


harga adalah bagi tempahan 200 ribu keatas

penghantaran boleh diuruskan dengan tambahan rm1.50/kg berat barangan

bangsal cendawan bajet




kami sedang berusaha untuk menyiapkan satu bangsal cendawan berukuran 20 kaki x 70 kaki,bangsal ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran beg media sehari,di sebabkan permintaan bagi cendawan segar dan beg cendawan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat kelantan...

kos bagi bangsal ini kami anggarkan cuma RM 5 RIBU SHJ,naper xcaya?

bajet kayu cuma rm 1k
zink dan penebat cuma rm 2k
dan selebihnya untuk netting dan bilik suntik serta pasir lantai,rak..

JIMAT BUKAN!!!!

anggaran seorang sahabat yang mempunyai bangsal yang serupa saiz,bajet yang dikeluarkan lebih kurang 15k ...so kami jimat 10k.. boleh buat 2biji lagi bangsal saiz serupa
Related Posts with Thumbnails

links

links 2

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP