NOTA

TUAN PUAN DI JEMPUT UNTUK MENYERTAI SESSI TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN SECARA PERCUMA DI LADANG KAMI..

HUBUNGI 0139529040 (faizal) untuk temujanji

dibuka setiap hari termasuk hari minggu

borang taklimat percuma

Name:
Email Address:
no tel
alamat
pertanyaan

create form

Selasa, 4 Ogos 2009

PNK Kenalkan Dua Projek Bantu TIngkat Industri Cendawan - sinar harian Edisi Kelantan


PNK kenalkan dua projek bantu tingkat industri cendawan ------- sinar harian 40gos 2009---

KOTA BHARU - Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan (JPNK), Maliha Ghazali berkata, jabatannya telah meluluskan dua projek bagi membantu meningkatkan industri pengusahaan cendawan di negeri ini.

Menurutnya, dua projek tersebut melibatkan bengkel untuk pemprosesan produk cendawan dan perkenalkan produk sampingan daripada cendawan.

“Ini semua adalah usaha kami untuk memantapkan industri cendawan di negeri ini dengan cara meluaskan lagi kepenggunaan bagi memastikan pengeluaran serat permintaan menjadi seiring,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan ‘Gu Cendawan’ di sini, semalam.

Maliha berkata, sekarang ini di Kelantan adalah pengeluaran cendawan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Katanya, setakat ini hanya sebanyak 1.95 tan sahaja sebulan yang dapat dikeluarkan sedangkan pasaran memerlukan 3.0 tan.

Menurutnya, orang ramai masih berpeluang untuk menceburkan diri dalam industri penanaman cendawan itu kerana permintaannya yang tinggi.

“Sekarang ini kami dalam proses untuk menghasilkan produk sampingan daripada cendawan seperti membuat kerepek, serunding, inti popia, dan bermacam-macam lagi.

“Jika ini semua sudah dihasilkan saya pasti permintaan terhadap cendawan akan semakin bertambah,” katanya.

Beliau berkata, langkah penghasilan produk daripada cendawan itu juga merupakan antara langkah bagi memastikan tiada lambakan cendawan akan berlaku pada masa akan datang.

Maliha berkata, setakat ini pihaknya juga telah melantik beberapa orang wakil untuk mencari pengusaha di luar negeri bagi memastikan barangan berasaskan cendawan dapat dipasarkan bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara.

“Ini semua bagi memastikan kami dapat mengawal kemasukan cendawan daripada Thailand yang harganya jauh lebih murah dari tempatan, tetapi kualitinya tidak boleh menandingi cendawan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, sekarang ini terdapat tiga jenis cendawan yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan iaitu jenis tiram, black jelly ‘telinga kera’ dan gano.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

links

links 2

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP