NOTA

TUAN PUAN DI JEMPUT UNTUK MENYERTAI SESSI TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN SECARA PERCUMA DI LADANG KAMI..

HUBUNGI 0139529040 (faizal) untuk temujanji

dibuka setiap hari termasuk hari minggu

borang taklimat percuma

Name:
Email Address:
no tel
alamat
pertanyaan

create form

Isnin, 28 September 2009

KURSUS CENDAWAN

Kursus Cendawan
Yuran: RM180 seorang
RM 300 bagi dua orang

Tarikh: (setiap Sabtu)



Masa:
9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:

Teratak Cendawan Timur Ent

belakang pasar borong wakaf che yeh

15100 kota bharu kelantan


Kursus dijalankan secara teori (10%) dan praktikal (90%).

Modul kursus
** tips pemilihan dan perkenalan bahan mentah**
** tips dan pratikal membuat beg media (secara manual)**
** tips dan pratikal cara mengukus beg media**
** tips dan pratikal cara menyuntik benih ke dalam beg media**
** penerangan jenis bangsal cendawan mengikut kesuaian tempat serta menjimatkan kos**
** pengenalan penyakit dan cara mencegah dan merawatnya**
** cara dan tips pembungkusan cendawan segar bagi mengelak cepat rosak**
** pengenalan jenis jenis produk hiliran mengunakan cendawan**


peserta juga akan dibekalkan dengan
cd ebook pemprosesan cendawan . makan minum . sijil penyertaan . cenderamata untuk di bawah pulang.

jika masih tidak fahami atau ragu ragu
peserta juga boleh menyertai kursus cendawan kali ke 2 tanpa sebarang bayaran

istimewa kepada peserta kursus.......... belian beg media setiap 1ribu beg potongan rm50 akan diberikan.........terhad untuk belian hingga 10ribu beg sahaja...

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini, bolah hubungi kami untuk tempahan tempat..(terhad bagi untuk 10 orang peserta setiap masa)hubungi 0134928465 untuk menyertai kursus ini..

Ahad, 13 September 2009

jom sertai geng usahawan cendawan malaysia di facebook

salam rakan rakan otai serta mereka yang ingin ingin berborak atau mengajukan soalan secara langsung kepada otai otai cendawan seluruh malaysia boleh serta geng usahawan cendawan malaysia di facebook..

rakan rakan blogger cendawan dijemput untuk copy dan paste kan logo diatas ke dalam blog masing masing..untuk kita bina rangkaian ukhwah sesama pengusaha dengan lebih erat....

Isnin, 7 September 2009

memang berbaloi

hampir 2 tahun..rupanya saya menceburi dunia cendawan ini...walau terasa lama lah juga..tetapi dalam bidang ini,sebenarnya banyak yang perlu dipelajari dan di fahami..ramai rakan rakan bertanya berbaloi tak menceburi dunia cendawan,so nak bagi tahu memang berbaloi..tapi bukan terus dapat kaya... tapi slow slow..bak kata iklan petrolnas "jalan mesti kedepan bukan kebelakang".. kat bawah kisah cam mana orang wat cendawan berbaloi atau tidak.. nak tahu??baca kat bawah..


Tanaman cendawan berbaloi


DUNGUN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah
syarikat terkemuka di ibu negara semata-mata untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang
perusahaan cendawan kini ternyata berbaloi.
Biarpun baru setahun mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu, bekas pegawai teknikal
itu kini mampu menarik nafas lega setelah pendapatannya mencapai angka RM3,000 hingga RM4,000
sebulan.
Eruan ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia gembira dan berasa bangga dengan kejayaan
yang dikecapinya sekarang termasuk berjaya menubuhkan syarikat miliknya sendiri iaitu Agro Mesra
Trading.
“Mulai sekarang, saya tidak akan menoleh lagi ke belakang, saya akan pastikan usaha dan pengorbanan
saya ini akan terus berkekalan serta tidak menjadi sia-sia,” katanya ketika ditemui di tapak semaian
berdekatan rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini semalam.
Eruan yang juga anak keempat daripada lapan beradik pernah mengikuti pengajian Veterinar di peringkat
diploma di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1998 sebelum melanjutkan pelajaran peringkat
ijazah dalam bidang Sains Makanan di universiti yang sama.
Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2004, dia bekerja di sebuah agensi pertanian di ibu negara
sebagai pegawai teknikal dengan gaji permulaan RM1,800 bagaimanapun berhenti pada hujung
tahun lalu bagi memberi tumpuan terhadap tanaman cendawan.
Eruan berkata, berbekalkan modal sendiri dan bantuan ahli keluarga sebanyak RM3,000, dia dan keluarganya
elah memulakan projek penanaman cendawan tiram kelabu berhampiran rumahnya.
“Sepanjang empat hingga lima bulan pertama projek ini diusahakan, kami berjaya memperoleh pendapatan
purata sebanyak RM2,000 sebulan hasil daripada jualan sebanyak lima kilogram cendawan sehari ke pasar Dungun dan kedai-kedai makan sekitar.
“Namun, selepas mengambil keputusan untuk memperbesarkan projek penanaman ini beberapa bulan lalu,
kini jualan dan hasil pendapatan kami meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” katanya. Dalam pada itu katanya, sepanjang mengusahakan projek cendawan tersebut, dia turut menghadapi pelbagai
masalah termasuk daripada segi bekalan, cara memproses dan juga serangan penyakit namun ia tidak
mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.
Katanya, selain mengusahakan tanaman itu, dia turut menyediakan khidmat menjual peralatan tanaman
cendawan dan menawarkan kursus berkaitan pada yuran yang berpatutan.

Ahad, 6 September 2009

sikit persoalan plz tolong jawap

kami mempunyai sedikit kemuskilan tentang dedak yang di gunakan untuk membuat beg media..diharap para rakan rakan otai dapat memberikan pendapat.. kebelakangan ini kami dapati rakan di kalangan pengusaha cendawan mengunakan dedak kasar..atau hampas padi.. mungkin kerana harganya yang jauh lebih murah daripada dedak padi.. dlm lingkungan rm8 1guni besar..sedangkan dedak padi rm 0.80sen 1kg..

pada pandangan kami mengunakan dedak kasar mungkin mengurangkan hasil cendawan kerana ia hanyalah hampas padi serta kurang mempunyai khasiat atau makanan untuk cendawan....beg media juga kelihatan lebih ringan dari pada beg media yang mengunakan dedak padi yang biasa,

kami masih lagi was was untuk mengunakan dedak kasar ini,kerana takut beg media yang dijual kepada pembeli tidak memberikan hasil yang sepatutnya,tetapi jika ianya tidak mendatangkan kesan kepada jumlah hasil,saya yakin,semua pengusaha akan beralih kepada dedak kasar,kerana ia menjimatkan kos,malah mungkin boleh menjual beg media dengan harga lebih murah..

kepada otai otai yang telah mengunakan dedak kasar dijemput memberikan pendapat..
Related Posts with Thumbnails

links

links 2

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP